LUXGEN Motors, sebuah syarikat automotif dari Taiwan bersinar di Shanghai Auto Show 2011 (The 14th Shanghai International Automobile Industry Exhibition) yang diadakan baru-baru ini, dengan pertunjukan utama kereta elektrik konsep pintar, Neora, dan persembahan sempurna kenderaan elektrik seperti LUXGEN7 SUV, LUXGEN7 CEO, dan LUXGEN7 MPV EV+. Jenama LUXGEN itu sendiri terhasil daripada perkataan “Luxury” dan “Genius”, bersama slogan “Think Ahead”, menunjukkan visi mereka dalam mengeluarkan kenderaan masa depan pintar yang memberikan inspirasi untuk semua orang.
Neora mengintegrasikan kepakaran teknologi pintar dan idea tenaga hijau ke arah kenderaan konsep elektrik pintar baru. Neora secara sempurnanya mempersembahkan semangat dari slogan “Think Ahead”, dan apa yang dipertontonkan dari Neora akan menjadi gaya rekaan untuk model LUXGEN pada masa depan. Neora mempertontonkan inovasi pengurangan berat, sebaik tahap ekonomi bahan api, dan teknologi masa depan penjimatan tenaga LUXGEN, seperti mana diperkatakan oleh Mr. James Shyr, Executive Vice President of HAITEC dari Yulon Group, syarikat yang memiliki jenama LUXGEN.
Kereta konsep Neora memiliki pacuan roda depan elektrik pintar yang dipacu oleh motor elektrik induksi 180kW. Berat keseluruhan badan 1,600kg dan pecutan dari 0-100 km/j diselesaikan dalan tempoh 6.5 saat, dengan kelajuan maksima 250 km/j. Bateri boleh cas berkuasa tinggi berintegrasi menyokong 80 peratus jumlah pengecasan bateri dalam jangka masa hanya satu jam, dan bateri ion-lithium 48 kWh memberikan Neora perjalanan sejauh 400km apabila dicas penuh. Keseronokan menikmati sinaran cahaya matahari dan pandangan lebih luas dan nyaman disumbangkan oleh bumbung suria elektrik diperbuat dari gelas PDLC.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar